Monday 1 February 2016

SALAM PEMBUKA BICARA





Blog ini sekadar tempat untuk kita bersama-sama berkongsi pendapat dengan para pembaca, serta tempat untuk membuka minda kepada semua.

Di dalam al-Quran Allah telah menjelaskan bahawa semua ciptaaNya telah dijadikan dengan sia-sia tanpa sebarang fungsi. Firman Allah :

Dan (ingatlah) tidaklah kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main (sia-sia) (al-Anbiya’[21:16]). 

PENGENALAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kami adalah anak murid kepada Pn. Raihan binti Ahmad iaitu penyarah sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Salah satu tujuan blog ini di tulis  adalah kerana ianya tugasan yang telah diberikan oleh penyarah kami dan untuk berkongsi ilmu yang telah kami peroleh.  Tajuk yang telah kami jalankan adalah Kejadian Gunung-Ganang, dan ahli kumpulan kami mempunyai tiga orang iaitu Ahmad Nasaruddin bin Abu Rahim (16DET15F1038), Muhammad Ikhwan Zhafri bin Razali, dan yang ketiga adalah Haziq bin Muhamad Jamalludin.

Akhir kata daripada kami, semoga pengisian blog ini dapat memberi ilmu pengetahuan kepada kita semua berkenaan dengan Kejadian Gunung-Ganang dan memanfaatkan ilmu ini dengan sebaik mungkin. Jika terdapat sebarang maklumat yang salah ataupun sebarang pertanyaan anda boleh berkongsi dengan kami bertiga. Sekian, terima kasih.