Sunday 31 January 2016

KESIMPULAN



Kesimpulannya, al-Quran telahpun mengutarakan beberapa fakta saintifik sejak dari dahulu lagi. Kajian mengenai ilmu geologi hanya dapat diketahui apabila ilmu pengetahuan mulai berkembang dewasa ini. Kita tahu bahawa di dalam al-Quran Allah telah menjelaskan bahawa semua ciptaanNya tidak dijadikan dengan sia-sia tanpa sebarang fungsi. Firman Allah : “ Dan ingatlah bahawa tidaklah kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main (sia-sia).” ( Surah al-Anbiya’[21:16]). Al-Quran telah menyebut bermaksud “ Dan gunung-ganang sebagai pancang paksanya.” (Surah al-Naba: 7) . Maha Suci Allah yang Maha mengetahui.  

No comments:

Post a Comment