Sunday 31 January 2016

PANDANGAN ULAMA DAN SAINTIS



PANDANGAN ULAMA


1.  Al-Quran menyebut gunung dengan dua perkataan bahasa Arab. Yang pertama kata jamak ‘jibal’ dan disebut sebanyak 33 kali, manakala kata tunggal ‘jabal’ disebut enam kali dan yang kedua kata ‘rawasi’ yang diulang sebanyak 10 kali. Menurut Rosihan dan Fadlullah, istilah jabal lebih bersifat umum, sedangkan rawasi kemungkinan dimaksudkan khusus untuk menyebutkan gunung yang berfungsi sebagai pasak bumi. Hal ini dikuatkan pula oleh makna dasar dari-pada kata berkenaan. Kata rawasi bermakna sesuatu yang dapat membuat benda yang bergoncang menjadi diam, dalam hal ini benda yang bergoncang adalah bumi. Penyebutan rawasi juga selalu didahului dengan kata alqa bererti ‘mencampakkan’, atau ‘meletakkan sesuatu yang belum ada sebelumnya di tempat itu.’ Makna ini bersesuaian dengan huraian ilmiah mengenai gunung-ganang yang berada di batas lempeng (divergence mahupun convergence) sememangnya tidak muncul bersamaan dengan pembentukan daratan, melainkan harus melalui proses tektonik terlebih dulu.


PANDANGAN SAINTIS

1.    Profesor Siaveda adalah salah satu ahli pengkaji bumi dan beliau adalah salah seorang daripada ahli sains terkemuka di dunia. Beliau mengekemukakan bahawa gunung-gunung yang terdapat di lautan dan gunung-gunung di daratan mempunyai perbezaan asasnya seperti tentang bahan-bahannya. Sedimen adalah salah satu bahan yang terdapat pada gunung-gunung di daratan manakala gunung-gunung di lautan pula terbentuk daripada batu-batu hasil kejadian gunung berapi. Gunung-gunung lautan terjadi daripada kuasa pengembangan. Manakala gunung-gunung daratan pula terhasil daripada kuasa pengecutan. Bagi gunung di lautan akarnya adalah untuk meneguhkan kedudukannya, tapi bahannya adalah panas dan tidak begitu ringan dan telah menyebabkan ianya mengembang.


2.    “iaitu benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian berubah kearah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah.” Telah dinyatakan oleh salah seorang saintis German iaitu Alfred Wegener. 

3.  Raymond Siever iaitu seorang tokoh kaji bumi yang tersohor di dunia telah menyatakan bahawa bukit-bakau dan gunung-ganang sememangnya mempunyai akar yang jauh lebih dalam ke dasar bumi berbanding dengan puncaknya.

No comments:

Post a Comment